Amalan Golongan Solihin


Kami letakkan di sini satu seleksi daripada amalan-amalan golongan solihin

Kumpulan Selawat

 

        Kebanyakan daripada selawat-selawat yang dipaparkan di laman web ini telah kami petik daripada kitab di atas ini, yang berjudul Afdolus-Solawati 'Ala Saiyidis-Sadat (Selawat-Selawat Yang Terbaik Ke Atas Penghulu Segala Penghulu). Ia telah diterbitkan di kota Beirut dan telah disusun oleh al-'Allamah asy-Syaikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani, yang pernah bertugas sebagai Presiden (yakni Ketua Hakim) Mahkamah Pengadilan, Beirut. Semoga Allah mengampuninya dan juga sesiapa yang mendoakan keampunan untuknya.

        Sesiapa yang ingin melihat kepada salinan muka-muka surat daripada kitab asal ini, boleh memuatturunkan (download) fail berbentuk PDF dari archive.org. Atau boleh juga membacanya di blog The Choicest Invocations of Blessings.

        Kami hanya setakat menterjemahkan sighah (bentuk ungkapan) bagi beberapa selawat yang terpilih sahaja, bukan semua kandungan daripada kitab selawat ini. Begitu juga dengan syarh (komentar) bagi selawat-selawat ini.

Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh asy-Syaikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani

dan juga semoga Allah sentiasa menerangi kubur beliau dengan cahaya keredaanNya.

 

Petikan-petikan daripada bab-bab terawal

 

 


vBulletin counter


Muka Utama